KAUNSELING ??








Kaunseling bukanlah nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling adalah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah salah satu cabang daripada psikologi. Perkhidmatan kaunseling dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu  perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara kaunselor dan klien adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Malah kaunselor tidak akan memberi jawapan secara langsung kepada klien dan klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada kaunselor.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberi layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi

nurkilan khas by nisaly